cahaya kasihmu 2
Tapi jauh disudut hati dia tahu Rya berbohong. Apa yang dilakukannya itu didorong oleh perasaan kasih dan cinta yang tidak pernah luput dari hatinya.Saat itu dia sedar betapa suci cinta yang dimilik gadis itu untuknya. Cuma dia yang terlewat untuk menilainya.
“Tidurlah bang.Hari dah lewat ni.Esok abang kena jumpa ahli terapi.Lagipun esok hari pertama abang ikut terapi tu,abang risau ya.”ujar Rya tanpa menyedari perasaan Arzan yang sebenarnya.
“Abang jangan risua,Rya akan temankan abang esok.Kita akan sama sama melakukan nya.Abang tak perlu risau,kita akan sama berjalan kembali.Itu janji Rya pada uncle dan auntie.Rya akan sentiasa bantu apa yang terdaya.Tidurlah bang.”Rya membantu Arzan baring semula.Arzan hanya merenung gadis itu.
Tersentuh hatinya mendengar kata kata ikhlas yang dilafazkan Rya.Rya,maafkan abang!Pintanya dalam hati.
“Encik Arzan ni sepupu Rya ke?”soal doktor muda itu.Terkejut Arzan mendengarkan pertanyaan itu.Dia merenung wajah doktor muda itu.Macamana dia tahu nama Rya.Dia kenal Rya ke?
“Iya,doktor…”
“Saya kawan Rya.Kami berjumpa di London.Waktu Rya bercuti disana.”ujar Taufiq. Satu pertemuan indah yang begitu sukar dilupakan.Mengenali gadis itu membuatkan dirinya lebih bersemangat dan bertenaga.
Berjumpa di London?Bisik hati kecilnya.Mindanya bergerak.Setahun lalu,Rya pernah ke London!Seminggu selepas dia mengecewakan gadis itu.Diperhatikan doktor muda itu.
“Rya!”panggil Taufiq bila dilihatnya Rya melangkah masuk.
“Hai Fiq.”tersenyum Rya memandang teman itu.
“Macamana?”Rya mengambil tempat bersebelahan Arzan.Sabar menantikan jawapan dari Taufiq.
“Fiq rasa tak ada masalah.Encik Arzan boleh berjalan semula,tapi macam yang Fiq cakap kan tadi,ia makan masa.”dia menjelaskan.Memang tak ada masalah jika Arzan hendak berjalan semula,tapi ia memerlukan masa dan kesabaran.
“Selalunya berapa lama Fiq?”gusar Rya bertanya.Takut takut rancangannya tidak akan menjadi.Dia tidak mahu meninggalkan Arzan terkontang kanting sendirian kelak.
“Tak tentu Rya.Tapi Fiq rasa dalam kes Encik Arzan ni dua atau tiga bulan.Lepas tu Fiq yakin Encik Arzan tentu boleh berlari semula.”dia menjelaskan,tersenyum mendengar pertanyaan itu.
Dia tahu,Rya pernah menyatakan hasrat mahu merantau ke Ireland.Dia nak melupakan segala gala di sini.Terlalu menyakitkan apa yang ada dibumi sendiri. Tapi hasratnya berbatal kerana kemalangan yang menimpa Arzan sebulan lalu,dia tidak mahu meninggalkan Arzan sendirian dalam keadaan begini.
“So,kalau macam tu there is no problem lah.Alhamdulillah.”Rya tersenyum,gembira mendengar berita itu.Riang dan lapang mendengarkannya.
“Bila kita boleh mula Fiq?”
“Esok Rya.Fiq akan tempah masanya.Nanti Fiq hantarkan pada Rya.”beriahu Taufiq.
“Tak apa,doktor beri saja pada saya.”sampuk Arzan yang mendiamkan diri sejak tadi.
“Baiklah.”angguk Taufiq.
“Dah lama Rya kenal doktor tu?”soal Arzan tiba tiba,sebaik saja Rya membawa masuk dulang makanannya.Begitulah selalunya makanan yang dihantar petugas akan tetap diambil tapi dibiarkan begitu saja.
Kata Rya tak baik hampakan orang.Sebab itu kadang kala mereka tidak memesan makanan kerana Rya sendiri akan membawa makanan dari rumah.
“Lama tu tak jugalah.Rya kenal masa di London dulu.”jelas Rya.Tersenyum bila teringat kembali pertama kali pertemuan mereka.
“Kenapa senyum ni?”soal Arzan bila dilihat Rya seakan bermenung sambil tersenyum. Seperti sedang mengenang sesuatu yang indah.
“Tak ada,cuma teringat masa kami mula mula bertemu dulu.”
“Ceritalah.Abang nak tahu.”pinta Arzan.Ingin tahu apa yang mencuit hati gadis itu.
“Tak payahlah abang dengar.Marilah,makan nasi.Lepas tu Rya bagi abang ubat okey.”
Rya membawa air suam kepada Arzan.
Tidak mahu bercerita kisah pertemuannya dengan Taufiq.Baginya Arzan tidak perlu tahu,itu hak peribadinya.Biarlah hanya dia yang tahu. Lagipun antara dia dan Arzan tidak ada apa apa ikatan lagi.Kalau dulu mungkin dia akan menceritakan apa saja pada Arzan,tapi tidak kini.Tidak perlu rasanya.Masing masing punya private life sendiri.
“Rya tak bosan ke hari hari datang sini.Lepas tu nak melayan perangai abang lagi.”tanya Arzan tiba tiba.
“Apa abang ni?Tiba tiba aje tanya Rya bosan ke tidak.”tergelak Rya mendengar pertanyaan itu.
“Tak adalah,abang takut menyusahkan Rya aje.”
“Atau abang yang tak suka Rya datang sini kacau abang hari hari?”usik Rya.
“No,bukan macam tu maksud abang.Abang takut abang akan hanya menyusahkan Rya aje nanti.”jawab Arzan.Dia tidak mahu menekan gadis itu dengan persoalan itu.
“Abang,kan Rya dah cakap.Apa yang Rya lakukan untuk abang ikhlas.Lagipun Rya sayangkan abang.Kita kan sepupu.Mungkin perkara lalu masih menghantui kita,tapi percayalah bang Rya ikhlas.
Rya tak harapkan apa apa dari abang.Nanti bila abang dah sembuh,Rya janji takkan kacau hidup abang lagi.Abang takkan tengok muka Rya lagi lepas abang sembuh.Itu janji Rya pada abang.”ujar Rya.Sedikit bergetar suaranya menahan perasaan.Dia tidak tahu mengapa dia terlalu sensitif,tapi kata kata Arzan menguris perasaannya.
“Rya,abang tak bermaksud macam tu…”tersentak Arzan mendengar kata kata yang tidak pernah dijangkakannya.Lain yang dimaksudkannya.
“Sudahlah bang.Makanlah,Rya nak ke bilik air sekejap.”cepat cepat Rya menarik tangannya dari gengaman Arzan.Tidak mahu terlalu lama,dia takut dia tak mampu bertahan lagi.Biarlah Arzan mahu memikirkan apa sekali pun,biarlah.
Arzan sendirian waktu itu.Selalunya waktu waktu begini Rya ada menemani dirinya.
Tapi sejak tadi Rya tidak langsung menunjukkan muka.Dimanakah Rya sekarang ni.Abang rindukan Rya. Bisik Arzan sendirian.Termenung dia diatas kerusi roda itu.
Direnungnya kaki kini yang mampu melangkah kembali seperti biasa.Betapa dia kesal saat itu. Menyesal kerana mengkhianati Rya, menyesal kerana menyakiti Rya,dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat papa dan mama.Dia terlalu buta untuk menilai cinta palsu yang dikejar selama ini.
“Rya maafkan abang.Maafkan abang,”rintih Arzan sendirian.Entahlah,sejak
kebelakangan ini dirasakan bagai ada yang tidak kena.Rya jarang melawatnya.
Kadangkala kedua orang tuanya pun tidak tahu Rya kemana.Tapi setiap hari Rya pasti akan datang menemaninya membuat terapi,cuma tidak sekerap dulu.Kini sering saja Rya menghilangkan diri.Bila ditanya,katanya sibuk.Ada hal yang perlu diuruskan.Saban hari
Rya pasti memberikan kata kata semangat buatnya.Tidak lengkap harinya tanpa ucapan dari Rya.Rya yang membantunya berjalan semula.Tidak langsung gadis itu merungut. Semua yang dilakukanya penuh keikhlasan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home